Makna Takaful
Tafsiran syara'
ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan
tolong menolong antara satu sama lain.
Takaful
mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan
untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara
satu sama lain.
Ini
bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah
bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi
perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful
adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk
saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan
manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
Menjaga
kebajikan sosial
Mewujudkan
keharmonian sosial
Sebagai
saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune
many compensate the unfortunate few".
Ciri - Ciri
Takaful
Tiada unsur
riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir
(judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah
(keuntungan)Akad yang dipersetujui.
Konsep Tabarru'
Bererti membuat
kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara
sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional
berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan
dibayar menggunakan tabung tabarru'.
Tabarru'
adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan /
Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha
Sendiri
Tabarru'
dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk
tujuan membantu.
Tanpa
tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti
jualbeli seperti insurans.
Dengan
konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat
dihindarkan.
Daripada
tabung tabarru', manfaat dibayar.
Melalui
tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta
yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
Dengan
perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional
bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung
tabarru' tersebut.
Wujudnya
tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk
membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat
bertabarru')
Wang
tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya
pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
Konsep
tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan
takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al
Mudharabah
Perkongsian
keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara
peserta dan syarikat.
Mudharabah
bermaksud perkongsian untung
Nisbah
pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan
di dalam perjanjian/borang.
Mudharabah
dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana
syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak
diberitahu di mana pelaburan dibuat.
Mudharabah
berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua
pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
Mudharabah
sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
Mudharabah
dibenarkan oleh agama
Dalam
mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak
ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
Pembahagian
secara mudharabah lebih adil.
Pengiraan
mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
Pembayaran
mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum
Syariah
|